Skip to main content

Konsonan hentian Isi kandungan Penyebutan hentian | Pengelasan hentian | Contoh | Lihat juga | Menu pandu arahsuntingssuntingbincang

Konsonan hentian


konsonansaluran suaralisanmekanisme arus udaraegresif pulmonikpita suaramasa onset suaratenuis[h]IPAhentian sengau












Konsonan hentian




Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.






Jump to navigation
Jump to search



Cara artikulasi

Obstruen

Hentian

Letusan

Geseran

Sibilan

Sonoran

Sengau

Tamparan

Getaran

Aproksiman

Cecair

Vokal

Separuh vokal

Sisian

Arus udara

Ejektif

Implosif

Klik
Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul di sesetengah pelayar web. [Bantuan]

sunting

Konsonan hentian, letupan, plosif atau oklusif ialah bunyi konsonan yang dihasilkan dengan menghalang arus udara dalam saluran suara. Istilah letupan/plosif dan hentian serupa tetapi tidak sama sepenuhnya ertinya. Letupan ialah hentian lisan dengan mekanisme arus udara egresif pulmonik. Dalam erti kata lain, istilah letupan juga digunakan untuk mentakrifkan hentian lisan (bukan sengau). Ramai yang menggunakan istilah malaran sengau, bukannya hentian sengau untuk bunyi-bunyi seperti [n] dan [m]. Diingatkan bahawa rencana ini menganggap "malaran sengau" tersebut sebagai hentian sengau.




Isi kandungan





  • 1 Penyebutan hentian


  • 2 Pengelasan hentian

    • 2.1 Voice


    • 2.2 Penghembusan



  • 3 Contoh


  • 4 Lihat juga




Penyebutan hentian |


Dalam penyebutan sesebuah konsonan hentian, terdapat tiga fasa berbeza:



  • Sedut: Saluran udara tutup agar udara tidak terlepas melalui mulut (maka hentian namanya). Bagi hentian sengau, udara keluar melalui hidung.


  • Tahan: Saluran udara masih ditutup, menambahkan suatu beza tekanan (maka oklusif namanya).


  • Hembus: Saluran udara dibuka, lalu arus udara yang dilepaskan menghasilkan impuls mendadak yang menghasilkan bunyi yang boleh didengari (maka letupan namanya).


Pengelasan hentian |



Voice |


Hentian bersuara disebut dengan menggetarkan pita suara serentak; hentian tak bersuara pula tidak. Konsonan letupan itu banyak yang tak bersuara, manakala hentian sengau pula jarang pula.



Penghembusan |


Bagi hentian berhembusan, onset suara (iaitu apabila pita suara mula bergetar) seakan-akan melewati penghembusan hentian. Tempoh antara penghembusan hentian dan onset suara dipanggil dengan istilah masa onset suara (voice onset time, VOT). Hentian tenuis (halus) bermasa onset suara hampir sifar, iaitu penyuaraan bermula lebih kurang serentak dengan penghembusan hentian. Hentian bersuara bermasa onset suara negatif, iaitu penyuaraan bermula sebelum hentian dihembuskan. Hentian itu "bersuara penuh" jika disuarakan sepanjang keseluruhan proses oklusi. Hentian berhembusan ada masa onset suara melebihi sifar, jadi wujudnya tempoh aliran udara tak bersuara (berbunyi [h]) sebelum vokal bermula.


Bahasa Melayu tiada konsonan hentian berhembusan, tetapi dalam bahasa Inggeris, penghembusan adalah ketara bagi konsonan letupan tak bersuara. Contoh: perkataan bag, yang mana bunyi g mungkin sekali disuarakan sepenuhnya, manakala bunyi b disuarakan separa sahaja. Letupan tak bersuara di awal suku kata, seperti p dalam pie, melepaskan hembusan udara yang ketara, manakala konsonan letupan selepas s dalam spy, adalah halus. Apabila disebut berdekatan api lilin, penyebutan kata-kata par, tar, dan car lebih kuat mengedipkan apinya berbanding spar, star, dan scar.



Contoh |


Berikut ialah hentian (letupan) lisan yang diberi aksara khusus dalam IPA. Lihat juga hentian sengau.



  • [p] Letupan dwibibir tak bersuara


  • [b] Letupan dwibibir bersuara


  • [t] Letupan gusi tak bersuara


  • [d] Letupan gusi bersuara


  • [ʈ] Letupan gelungan tak bersuara


  • [ɖ] Letupan gelungan bersuara


  • [c] Letupan lelangit tak bersuara


  • [ɟ] Letupan lelangit bersuara


  • [k] Letupan velar tak bersuara


  • [ɡ] Letupan velar bersuara


  • [q] Letupan uvular tak bersuara


  • [ɢ] Letupan uvular bersuara


  • [ʡ] Hentian epiglotis


  • [ʔ] Hentian glotis


Lihat juga |



  • Konsonan malaran (lawan kepada konsonan hentian)









Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Konsonan_hentian&oldid=2813046"










Menu pandu arah



























(window.RLQ=window.RLQ||[]).push(function()mw.config.set("wgPageParseReport":"limitreport":"cputime":"0.124","walltime":"0.194","ppvisitednodes":"value":804,"limit":1000000,"ppgeneratednodes":"value":0,"limit":1500000,"postexpandincludesize":"value":151025,"limit":2097152,"templateargumentsize":"value":3678,"limit":2097152,"expansiondepth":"value":6,"limit":40,"expensivefunctioncount":"value":0,"limit":500,"unstrip-depth":"value":0,"limit":20,"unstrip-size":"value":0,"limit":5000000,"entityaccesscount":"value":0,"limit":400,"timingprofile":["100.00% 102.076 1 -total"," 51.28% 52.345 1 Templat:Cara_artikulasi"," 43.59% 44.494 1 Templat:Konsonan"," 41.64% 42.506 1 Templat:Navbox"," 35.63% 36.372 1 Templat:Edit"," 16.49% 16.830 1 Templat:CSS_IPA_consonant_chart"," 6.89% 7.029 130 Templat:IPA"," 2.18% 2.227 1 Templat:Bull"," 2.03% 2.077 2 Templat:·"," 2.01% 2.049 5 Templat:0ws"],"scribunto":"limitreport-timeusage":"value":"0.009","limit":"10.000","limitreport-memusage":"value":852175,"limit":52428800,"cachereport":"origin":"mw1269","timestamp":"20190227005101","ttl":2592000,"transientcontent":false););"@context":"https://schema.org","@type":"Article","name":"Konsonan hentian","url":"https://ms.wikipedia.org/wiki/Konsonan_hentian","sameAs":"http://www.wikidata.org/entity/Q51597","mainEntity":"http://www.wikidata.org/entity/Q51597","author":"@type":"Organization","name":"Contributors to Wikimedia projects","publisher":"@type":"Organization","name":"Wikimedia Foundation, Inc.","logo":"@type":"ImageObject","url":"https://www.wikimedia.org/static/images/wmf-hor-googpub.png","datePublished":"2009-11-27T16:39:38Z","dateModified":"2013-03-09T20:20:37Z"(window.RLQ=window.RLQ||[]).push(function()mw.config.set("wgBackendResponseTime":110,"wgHostname":"mw1246"););

Popular posts from this blog

He _____ here since 1970 . Answer needed [closed]What does “since he was so high” mean?Meaning of “catch birds for”?How do I ensure “since” takes the meaning I want?“Who cares here” meaningWhat does “right round toward” mean?the time tense (had now been detected)What does the phrase “ring around the roses” mean here?Correct usage of “visited upon”Meaning of “foiled rail sabotage bid”It was the third time I had gone to Rome or It is the third time I had been to Rome

Bunad

Færeyskur hestur Heimild | Tengill | Tilvísanir | LeiðsagnarvalRossið - síða um færeyska hrossið á færeyskuGott ár hjá færeyska hestinum